SEJARAH SEKOLAH

Sejarah Penubuhan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu merupakan salah sebuah sekolah yang termasuk di dalam Projek Rancangan Malaysia ke-8.   Mengikut plan asal, sekolah ini dirancang dibina di kawasan Tanjung Batu.   Namun, atas beberapa sebab, pihak kerajaan telah memindahkan lokasinya dari Tanjung Batu ke kawasan Perkampungan Sungai Plan di Tanjung Kidurong memandangkan komuniti masyarakat yang besar di kawasan ini.   Tapak sekolah ini adalah hutan bukit (hutan skunder).   Sekolah ini telah siap dibina sepenuhnya pada 31 Oktober 2004 dengan kos sebanyak RM23,661,407.73.
Sekolah ini mula  beroperasi secara tidak rasmi pada 1 November 2004 dan insan yang mula-mula melapor diri bertugas pada ketika itu adalah Guru Besar sendiri iaitu Encik Senusi B. Haji Shahrani selepas beliau menghadiri Mesyuarat Penyelaras Sekolah-sekolah baru di Pejabat Pelajaran Gabungan Bintulu.   Ini diikuti oleh Penolong Kanan Kurikulum, Puan Lim Ming Lee dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Litat Bilung yang telah melapor diri pada 2 November 2004.
Pada 11 November 2004, mesyuarat staf yang pertama telah diadakan di Pejabat Pelajaran Gabungan Bintulu dengan dihadiri oleh 14 orang guru termasuk Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Martin Ak Marepat yang baru melapor diri.   Mesyuarat ini bagi membincangkan beberapa perkara penting berkaitan persediaan bagi sebuah sekolah baru.   Kekurangan guru yang menghadiri mesyuarat ini disebabkan kebanyakan guru lewat menerima surat pemberitahuan untuk bertugas di sini.
Pada tarikh 8 Disember 2004, pihak sekolah telah mengadakan mesyuarat bagi penubuhan Jawatankuasa Protem PIBG yang pertama kalinya.   Penubuhan ini adalah bagi membantu pihak sekolah melicinkan urusan pembukaan sekolah pada sesi 2005.   Pada tarikh 10 Disember 2004 pula, pihak kontraktor dengan rasminya menyerahkan kunci bangunan-bangunan sekolah kepada guru besar.
Walaupun pada mesyuarat pertama hanya 14 orang guru hadir, namun apabila sesi persekolahan 2005 bermula, seramai 31 orang guru dan 2 staf sokongan telah melapor diri untuk bertugas di sini menjadikan jumlah mutakhir gurunya ialah 45 orang.   Maka pada 3 Januari 2005, Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu memulakan lakaran sejarahnya dalam dunia pendidikan.   Nama Tanjung Batu kekal diambil sebagai nama sempena lokasi asal pembinaannya dahulu.
Pada tahun pertama perkhidmatannya, jumlah murid adalah seramai 922 orang yang dibahagikan kepada 5 kelas untuk Tahun 1 dan masing-masing 4 buah untuk kelas Tahun 2 hingga Tahun 6.   Namun jumlah murid telah bertambah pada tahun 2006 kepada 1360 orang dan jumlah kelasnya juga berubah menjadi 26 buah.   90% daripada jumlah keseluruhan murid di sekolah ini adalah berketurunan Iban dan bakinya terdiri daripada Melayu, Melanau, Bidayuh, Kayan dan lain-lain kaum Bumiputera.
Dalam UPSR 2005, sekolah ini telah mencapai keputusan 43.04% yang masih pada tahap sederhana.   Keputusan ini menjadi landasan bagi menentukan hala tuju pencapaian sekolah ini pada tahun-tahun akan datang.
Pada tahun 2007, SK Tanjung telah melaksanakan dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan sesi petang.   Sesi pagi adalah bagi murid Tahap 2 dan sesi petang bagi murid Tahap 1.  Kini (tahun 2017), bilangan murid telah meningkat kepada 1944 orang.  Terdapat 9 buah kelas untuk setiap tahun (Tahun 1 hingga Tahun 6).   Bilangan guru pula seramai 104 orang dan kakitangan sokongan seramai 12 orang.  Sebanyak 27 buah kelas menampung murid dari tahun 1 hingga tahun 6 dengan dua sesi persekolahan (pagi dan petang).   Manakala sebanyak 5 buah kelas Pra Sekolah menampung murid seramai 125 orang dengan dua sesi persekolahan (pagi dan petang).                                                                        

SENARAI GURU BESAR

NAMA : EN SANUSI BIN HAJI SHAHRANI
               (1 NOVEMBER 2OO4-JUN 2008)


                                     ↓

NAMA : EN SEBLI ANAK BOYONG
               (JUN 2008- 5 MEI 2015)
           
                                     ↓

NAMA : EN TOGANG SEDIN
               (19 MEI 2016 - SEKARANG)


No comments:

Post a Comment